Isnin, Januari 24, 2011

Pemilihan Kapasiti Sebenar Sistem Penyaman Udara (Air Conditioning System)


Sejak akhir - akhir saya lihat banyak jiran - jiran saya baik di Bandar Sri Damansara dan juga di Merlimau telah mula memasang sistem penyaman udara di rumah masing - masing. Dengan kualiti hidup yang semakin meningkat dan tahap cuaca panas yang kadangkala agak melampau bagi sesetengah orang menyebabkan Sistem Penyaman Udara menjadi pilihan terpopular.

Namun saya lihat kadang - kala sesetengah rumah dipasang dengan kapasiti sistem penyaman udara yang lebih dari kapasiti yang sepatutnya. Mungkin ini kehendak penghuni yang mahukan kapasiti yang lebih besar dengan alasan logik akal, lagi besar kapasiti sistem tersebut, maka lagi sejuk bilik yang hendak dinyamankan. Mungkin juga ada berlaku penipuan oleh pembekal atau kontraktor yang mahukan keuntungan segera di sebabkan pembeli tiada maklumat yang tepat di dalam pemilihan sistem penyaman udara.

Biasanya bagi rumah kediaman sistem penyaman udara yang sering diguna pakai ialah jenis Air Cooled "split unit" yang mana komponen sistem ini terdiri daripada "indoor unit" dan "outdoor unit". Jika rumah kawan - kawan lebih dari 10 bilik dan tidak mahu "outdoor unit" mencacatkan nilai estetika arkitek rumah kawan - kawan maka pemilihan jenis Air Cooled Multi Unit.


Contoh Air Cooled split Unit di mana unit di atas ialah" indoor" dan unit di bawah ialah "outdoor"

pemilihan model daikin tidak bermaksud saya "bias" terhadap model lain. ini sekadar untuk tujuan perkongsian ilmu.

Disebabkan itu saya ingin berkongsi satu tips yang sangat mudah untuk kawan - kawan gunakan di dalam memilih kapasiti dan jenis sistem yang ingin dipasang di dalam ruang dan bilik rumah kawan - kawan masing - masing.

1. Saiz ruang/ bilik.

Sila dapatkan saiz ruang/ bilik di dalam unit Feet (sq.ft)
nota: 1 meter = 3.29 ft
Contoh: Luas = Panjang (ft) X Lebar (ft)
= 16.4 ft X 13.1 ft
= 214.84 sq.ft

2. Kenalpasti jenis ruang/ bilik

a. jika ruang yang ingin dinyaman menerima sinaran matahari terus maka guna pemalar 60 Btuh/ sq.ft
b. jika ruang yang ingin dinyamankan tidak menerima sinaran matahari terus guna pemalar 40 Btuh/sq.ft

3. Dapatkan Kapasiti Sejuk (Cooling Load) ruang/ bilik

Dengan andaian bilik menerima sinaran matahari terus makan Pemalar ialah 60 Btuh/ sq.ft.
Kapasiti Sejuk = Luas (sq.ft) X Pemalar (Btuh/sq.ft)
= 214.84 X 60
= 12,890.4 Btuh

4. Tukar unit Btuh kepada Hp (horsepower).

Ini kerana kebanyakan kedai, pembekal dan pemasang menggunakan istilah Hp.

Kapasiti sejuk (Hp) = Kapasiti (Btuh) / 10,000
= 12,890.4 / 10,000
= 1.28 Hp.

5. Pemilihan "Indoor unit"

Ini paling penting jika mahu mengelakkan diri dari terbeli unit yang kapasiti lebih dari keperluan.

Sebagai contoh saya ambil julat kapasiti yang ditawarkan oleh Carrier terdiri dari 0.9Hp, 1.2Hp, dan 1.8Hp.

Oleh yang demikian saya memilih unit Carrier kapasiti 1.2Hp. Untuk kapasiti "outdoor unit" jangan risau. sebab dalam pemilihan sistem penyaman udara jenis "split unit" kebiasaan kita akan merujuk saiz "indoor unit".

pemilihan model carrier tidak bermaksud saya "bias" terhadap model lain. ini sekadar untuk tujuan perkongsian ilmu.

6. Faktor Luar mempengaruhi tahap kesejukan sistem penyaman udara.

a. Infiltration. Jika ada bukaan pada dinding elok ditutup untuk elakkan udara sejuk ke luar. Jika pintu terbuka, maka elok pintu ditutup semasa sistem penyaman udara digunakan.

b. Air Tight. Sebagai contoh ruang tamu anda dipasang sistem penyaman udara. Namun ruang makan anda tidak dipasang. Jika anda mampu wujudkan ruang air tight bagi ruang tamu dengan membina dinding hingga ke siling. Jika tidak, biarkan kedua - dua ruang tidak dipasang sistem penyaman udara.

c. Langsir/ Blind. Jika anda dapat menata hias ruang/ bilik dengan langsir/ blind yang berwarna gelap, maka pilih lah warna tersebut.

d. Kedudukan "indoor unit". Pastikan anda memilih kedudukan di dinding dengan tepat agar "blower" "indoor unit" yang dipasang dapat diarahkan dengan betul pada kedudukan penghuni. Sila pilih dinding yang membolehkan fungsi dioptimumkan. Contoh yang paling mudah "indoor unit" elok dipasang pada dinding terletaknya kepala katil anda tidur.

Diluar ada banyak jenis "split unit" yang dipasarkan. Terkini dipasaran adalah jenis yang dilengkapi dengan inverter yang membolehkan penjimatan bil elektrik bulanan minimum 25 % berbanding split unit jenis konvensional. Ada juga yang menawarkan fungsi nano shield, plasma dan ionizer dan ada juga memiliki lebih dari satu fungsi tersebut. Namun ianya berbalik kepada bajet yang anda ada.

Saya cuma mencadangkan bagi ruang yang kerap dipasang sistem penyaman udara, maka spilit unit jenis "inverter" adalah digalakkan. Sebagai contoh bilik tidur dan bilik belajar. Jika ruang/ bilik yang sangat jarang digunakan maka digalakkan pemilihan split unit jenis konvensional. Sebagai contoh bilik tidur tetamu.

Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan jangan lupa emel pada saya. Insyaallah saya akan berkongsi dengan apa yang saya tahu.

4 ulasan:

a z m i r berkata...

aku selalu ambik 65-70btuh/ft2 utk ruang direct sunlight di rumah
sebab sekarang macam panas. Plus losses kat rumah sangat tinggi berbanding ofis. (nak bukak tingkap la, kejap2 pintu bukak tutup la, etc)

ke aku salah?

aku tak pandai sangat. mohon kongsi ilmu dari otai design.

Rineldi @ Ineld berkata...

tidak salah kalau guna pakai nilai 65 ~ 70 Btuh/sq.ft. Ada sesetengah "designer" menggunakan nilai tersebut di dalam menyemak pengiraan "heat load" bagi ruang/ bilik yanhg dipasang sistem air cooled split unit. sebab lain "designer", lain justifikasinya. Namun janganlah lebih sampai 75 Btuh/sq.ft. Ini sudah overdesign.

Tanpa Nama berkata...

assalam bro.. r u familiar with chiller system?? if u have the knowledge, please share in your blog.. currently our building operate by YOrK 350tan 3 unit..

Dr Qy/John berkata...

aircond dingding sy x sejuk la..mcm mana nk buat ek?..